Jumaat, 5 Mac 2010

PROGRAM EKSPEDISI AMAL, DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH PERINGKAT KAWASAN SANDAKAN

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah akan mengadakan PROGRAM EKSPEDISI AMAL peringkat seluruh negeri Sabah pada 13 - 18 Mac 2010. Program jelajah ini akan bermula di Daerah Tawau dan akan berakhir di Daerah Pitas. Sehubungan itu juga, satu program penyampaian bantuan untuk rakyat miskin peringkat Daerah Sandakan akan turut diadakan pada 14 Mac 2010. Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan amat berbesar hati sekiranya dapat menerima sumbangan ikhlas daripada warga Sandakan yang amat prihatin terhadap kemiskinan yang melata di daerah Sandakan ini. Segala sumbangan yang berbentuk barang-barang keperluan harian ataupun wang boleh disalurkan melalui PASTI-PASTI di daerah Sandakan, PAS Kawasan Sandakan(YDP - 0198001793) ataupun melalui Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan(Ketua Muslimat - 0138921970) selewat-lewatnya pada 12 Mac 2010 (Jumaat). Segala sumbangan yang diberikan amat dihargai dan semoga ALLAH memberikan balasan yang sebaik-baiknya terhadap para penyumbang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbandingan orang-orang Mukmin dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

0 ulasan:

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP