Isnin, 20 Jun 2011

Negara Berkebajikan PAS jadikan BN gelabah.

Konsep Negara Berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS pada Muktamar baru-baru ini, ternyata membuatkan UMNO tiba-tiba menjadi gelabah. Kalau sebelum ini, UTUSAN Malaysia sering memperlihatkan tajinya terhadap PAS, kini satu lagi media pro UMNO, Berita Harian cuba mengikut jejak yang sama untuk menghodohkan konsep yang diketengahkan PAS. Ini menampakkan kebimbangan yang amat ketara, lebih-lebih lagi apabila beberapa pimpinan UMNO termasuk Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Puad Zakarshi meminta PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan. Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr. Mohamad Fadzli Hassan berkata, pimpinan UMNO jelas naif dalam politik dan pentadbiran Islam kerana masih lagi bersaluit fikiran Sekular. "Ini jelas dapat dilihat apabila aa pimpina UMNO mahu PAS menggugurkan perkataan Islam semata mata memperkenalkan Konsep Negara Berkebajikan. "Nampak sangatlah mereka tidak tahu bahawa, islam adalah untuk kebajikan semua orang" katanya. Dr Fadzli yang juga merupakan exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, negara yang diperintah Islam adalah negara yang menjaga kebajikan rakyat mengikut lunas-lunas islam. "Itulah yang PAS akan lakukan dengan kata lain itulah Negara ISLAM, itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan khalifah Islam. Benda asas begitu pun, pemimpin UMNO tak faham macamana nak bela ISLAM.. ujarnya.

Harakahdaily_Aslani.
Laporan disalin; Lajnah Penerangan & Dakwah DMPKS 2011

Read more...

Sabtu, 12 Mac 2011

PAS tunjukkan Kesederhanaan Islam - Chua Jui Meng
Muhayat Jasmin

KEPALA BATAS, 8 Mac: Umno menggambarkan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai ekstrim dan menakutkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Menurut Chua, pengalamannya sebelum ini bersama Umno, beliau tidak pernah diberi kefahaman yang mudah mengenai Islam malah melalui Umno masyarakat bukan Islam hanya memahami Islam itu dengan potong tangan dan bersunat.

"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya ketika menyampaikan pidato di Dewan Millenium, Kepala Batas semalam.

Bagaimanapiun kata Chua, setelah bergaul dengan PAS beliau mendapati Islam itu merupakan agama yang sederhana melalui pendekatan yang dibawa oleh PAS.

"Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim yang menakutkan kami. PAS yang saya didampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.

"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.

Kata Chua, Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama yang ekstrim seperti digambarkan selama ini sebaliknya satu agama yang turut mengutamakan kebajikan kepada orang-orang bukan Islam.

Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin Islam yang sederhana.

Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat bukan supaya tidak terperangkap dengan dakyah sempit yang mendakwa PAS itu pelampau dan mengamalkan politik sempit.

Lajnah Penerangan & Dakwah DMPKS 2010/11

Read more...

TAWAN HATI DENGAN AKHLAK TERPUJI RASULULLAH S.A.W

Keunggulan Rasulullah s.a.w bersifat sempurna dan menyeluruh. Tetapi yang paling dipuji Allah antara segala keunggulan itu ialah akhlak Baginda s.a.w yang tinggi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi.” Dengan ketinggian akhlak itulah Rasulullah menyeru kepada islam. Lidahnya menuturkan ajaran Al-Quran secra lisan, peribadinya menterjemahkannya dalam tindakan. Inilah rahsiah kejayaan Rasulullah s.a.w dalam dakwah dan perjuangannya.
Masalah keruntuhan moral manusia di ketika ini seperti kita kembali kepada zaman Jahiliah walaupun sudah mengaku semakin maju dengan teknologi canggih. Samada kita sedari atau tidak, cuba perhatikan alam sekeliling, di muka depan akhbar setiap hari pembunuhan, rompakan, pergaduhan, fitnah menfitnah, rogol adik dan anak, buang bayi, mabuk kerana arak dan dadah, tidak percaya Tuhan, menyembah aliran muzik, perkauman dan sebagainya.Puncanya hanya satu kerana kita tidak mengamal, tidak menghayati Al-Quran,lupa ajaran yang di bawa oleh Nabi yang kita cintai Muhammad SAW. Terbukti, bukan hanya umat Islam saja yg menganggap bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya sebagai pesuruh (Allah SWT).. dan sebagai penunjuk tauladan kepada seluruh umat manusia..tapi umat bukan Islam bahkan banyak tokoh dunia mengakui akan kualiti kepemimpinannya baik agama maupun dunia…tak lekang oleh zaman…pesannya bersifat universal melampaui suku, bangsa & negara dan umatnya semakin hari semakin bertambah.
Mari kita singkap sejarah Rasulullah s.a.w, lihat betapa akhlak mulia Baginda s.a.w yang selayaknya di teladani dan dijadikan idola, Baginda s.a.w hanya tersenyum apabila seorang Arab badwi menarikkain serban di lehernya sehingga berbekas. Kepada Da’thur yang tiga kali gagal dalam percubaan membunuhnya, Baginda hanya memaafkan. Begitu juga pada Suraqah yang tersungkur ketika cuba menghalang perjalanan hijrahnya.
Akhlak terpuji mampu menawan hati. Bayangkan betapa Baginda sanggup berhenti dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang menangis di tepi jalan pada suatu pagi Hari Raya. Baginda s.a.w bertanya: “Mengapa engkau menangis?” Anak itu menjawab. “Ayah saya telah syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Saya tiada baju baru dan tiada apa pun persediaan untuk berhari raya.”… Lalu, Rasulullah s.a.w mengalirkan airmata. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah s.a.w yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang anak itu ke rumahnya, dimandikan, dipakaikan dengan baju baru baju raya dan dijamu makan. Gembiranya hati Rasulullah s.a.w apabila melihat anak tersebut hatinya riang gembira...
Hebatnya keperibadian Baginda s.a.w, tak lekang oleh zaman, pesannya bersifat universal sesuai untuk semua kaun, bangsa, etnik dan agama. Sememangnya dan selayaknya Baginda s.a.w dijadikan IDOLA kita.

Read more...

Isnin, 31 Januari 2011

MARUAH ISLAM TERCALAR DI TENANG!!!! BANNER/ POSTER 'PANAS' JADI SEBARAN...

PERSOALANNYA SEKARANG????
MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM PADA PERLEMBAGAANNYA...
JADI, LAYAK KAH SOI LEK DAN SEKUTUNYA BERKATA DEMIKIAN???
APA PENDAPAT ANDA??????
(Lajnah P&D DMPKS)

Read more...

Ahad, 30 Januari 2011

10 JANJI PAKATAN RAKYAT DALAM TEMPOH 100 HARI JIKA DIBERIKAN KUASA MEMERINTAH

  1. MANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA).
  2. MENGARAHKAN KHAZANAH BERHAD KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN LAIN-LAIN BADAN MILIK KERAJAAN YANG MEMILIKI KONSESI LEBUHRAYA UNTUK MENYEMPURNAKAN AMBIL ALIH ASET LEBUHRAYA OLEH KERAJAAN DGN TUJUAN MENGHAPUSKAN TOL.
  3. MEROMBAK STRUKTUR SUBSIDI NEGARA BAGI MENGURANGKAN SUBSIDI KEPADA PIHAK SWASTA (SEPERTI SUBSIDI GAS SEBANYAK RM19 BILION KEPADA PENJANA BEBAS) DENGAN MEMINDAHKANNYA BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN SUBSIDI RAKYAT.
  4. MENGHARGAI PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK BANGSA DENGAN MENAIKKAN , MEMPERKENALKAN IMBUHAN PERGURUAN SEBANYAK RM500 SEBULAN SETIAP ORANG.
  5. MENJADIKAN AIR SEBAGAI HAK RAKYAT DENGAN MENGEMBALIKAN SEMUA KONSESI PENGURUSAN AIR YANG DI URUSKAN SWASTA KEPADA KERAJAAN.
  6. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INTERNET WIFI PERCUMA KEPADA SEMUA RAKYAT DI KAWASAN BANDAR DAN SEPARA BANDAR.
  7. MEMBATALKAN FELDA PLANTATION BAGI TUJUAN MEMBUKA LADANG2 YANG KINI DI URUSAKANNYA KEPADA GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA.
  8. MENAIKKAN ROYALTI MINYAK KEPADA SABAH DAN SARAWAK KEPADA 20%.
  9. MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MEMULIHKAN SISTEM KEHAKIMAN.
  10. MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT PENDATANG TANPA IZIN DAN KERAKYATAN DI NEGERI SABAH.
JOM UBAH UNDI ANDA!!!!
UBAH SEBELUM PARAH!!! JOM SOKONG PAKATAN RAKYAT!!!!!
Lajnah P&Jajarkan ke KananD DMPKS

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP