Isnin, 18 Oktober 2010

MARILAH BERSAMA KITA MEMBERI SOKONGAN PADU...

Assalamu'alaikum dan salam hormat, Seluruh rakyat Sandakan yang cintakan kebenaran, kebaikan dan keadilan dijemput agar bersama-sama memberi sokongan padu terhadap HEMPAS yang akan berlangsung di daerah Sandakan. Marilah beramai-ramai kita menghadirkan diri ke Dewan Persatuan HAKKA, Sandakan pada 24 Oktober ini bagi membuka mata dan hati kita terhadap kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa... Pihak DMPKS mencabar seluruh rakyat Sandakan yang teraniaya di bumi sendiri agar bersama-sama menuntut pembelaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi berselindung di sebalik kuasa yang sedia ada. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.. Bantulah kami ya ALLAH dalam menunaikan amanah sebagai rakyat yang cintakan negara. Jangan kerana kelemahan sebahagian daripada kami, selamanya kaum yang zalim dan tidak amanah menjadi pihak yang berkuasa ke atas kami.

Jumaat, 23 Julai 2010

Santapan Rohani

Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Kahfi, ayat 28 bermaksud :- "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran".. Muslimat yang dikasihi ALLAH..tidak kira orang PAS atau UMNO atau PKR. Selagi kita merasakan diri kita seorang wanita Islam, walau dimana atau kumpulan mana pun kita berada sama-samalah kita renungkan kalam ALLAH yang tercatat di atas...Moga-moga ALLAH membuka pintu hati kita untuk mudah menerima kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis.. Sedih rasanya bila melihat segolongan umat Islam suda mula hilang rasa malu daripada menabur fitnah dan tohmahan terhadap golongan yang berusaha menegakkan syariat ALLAH di bumi Malaysia yang dikasihi ini.. Bertambah sedih bila pemimpin yang diberi amanah mentadbir negara menggunakan alasan dirinya sebagai seorang Islam untuk ditaati oleh rakyat secara mutlak..Sedangkan ketaatan kepada ALLAH dan Rasul sahaja yang mutlak kerana disandarkan kepada dalil al-Quran dan Hadis. Manakala ketaatan kepada pemimpin hanyalah selagimana pemimpin itu berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Apabila pemimpin itu hanyalah beragama Islam tetapi cara hidup tidak mengikut tuntutan syariat Islam bahkan mengagungkan idealogi2 ciptaan manusia yang ada kalanya bertentangan dengan aqidah, ibadah dan akhlak Islam, maka bagaimanakah kita hendak terus mentaati pemimpin sebegini... Sebelum ALLAH menghukum kita kerana memilih pemimpin yang ingkar terhadap ALLAH, marilah kita bersama berusaha membuat perubahan kepimpinan dengan merujuk kepada kriteria pemimpin yang ditetapkan oleh Islam. Buka mata dan pasang telinga untuk mencari kebenaran, kemudian renungkanlah dengan mata hati yang berpandukan iman bukannya hawa nafsu, PASti kita akan melihat siapakah pemimpin yang sebenarnya menyayangi agama dan siapakah pula pemimpin yang menuruti hawa nafsunya. Jangan korbankan kehidupan kita di akhirat yang kekal hanya kerana digula-gulakan dengan kesenangan dan keseronokan sementara di dunia ini... Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita dan sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhaiNYA. Amin Ya Rabbal 'Alamin.. Siapalah diri kita ini tanpa mengikuti panduan ALLAH dan RasulNYA...

Rabu, 14 Julai 2010

USUL DMPP Muktamar 2010.. PENDIDIKAN ISLAM WAJIB LULUS!!!!

APA KAITAN PERMASALAHAN SOSIAL INI
DENGAN SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM?????
Masalah Sosial bukan lagi perkara baru yang berlaku di kalangan masyarakat kini. Pada hari ini, kita dapat mendengar, melihat pelbagai permasalahan sosial seperti pembuangan bayi, pembunuhan, penderaan dsb. Dimana sudah kasih sayang manusia??? ADa yang berkata; dalam kelompok binatang tiada manusia, tapi dalam kelompok manusia ada binatang?? Malah yang menyedihkan kita, permasalahan ini tidak pernah berkurang malah makin meningkat....... KENAPA ya????? APA KATA ANDA???
Sehubungan dengan itu, pihak DMPP dulu, kini dan selamanya akan terus berusaha berfikir, mengatur langkah membantu untuk membanteras isu ini.. Baru baru ini, semasa Muktamar DMPP dijalankan di Kelantan, pihak DMP hangat membincangkan isu ini. Menyedari akan perkara tersebut, DMPP (Dewan Muslimat PAS PUSAT) mengusulkan agar mendesak Kementerian Pelajaran menyemak semula sukatan Pelajaran Pendidikan ISlam di peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah agar pengisian subjek agama tersebut dapat membentuk rohani dan jasmani yang benar-benar memberi kesan dalam memantapkan Aqidah serta pembentukan akhlak yang terpuji.. Menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran penting dan syarat khas penerimaan ke Institut Pengajian Awam.. Bukannya menjadikan subjek ini hanya sekadar subjek untuk lulus sahaja. Kita pasti mengaharapkan subjek ini dapat dihayati dengan sebaiknya..
Kami SOKONG USUL ini sepenuhnya!!!
Lajnah Penerangan & Dakwah Sandakan 2010

Jumaat, 5 Mac 2010

PROGRAM EKSPEDISI AMAL, DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH PERINGKAT KAWASAN SANDAKAN

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah akan mengadakan PROGRAM EKSPEDISI AMAL peringkat seluruh negeri Sabah pada 13 - 18 Mac 2010. Program jelajah ini akan bermula di Daerah Tawau dan akan berakhir di Daerah Pitas. Sehubungan itu juga, satu program penyampaian bantuan untuk rakyat miskin peringkat Daerah Sandakan akan turut diadakan pada 14 Mac 2010. Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan amat berbesar hati sekiranya dapat menerima sumbangan ikhlas daripada warga Sandakan yang amat prihatin terhadap kemiskinan yang melata di daerah Sandakan ini. Segala sumbangan yang berbentuk barang-barang keperluan harian ataupun wang boleh disalurkan melalui PASTI-PASTI di daerah Sandakan, PAS Kawasan Sandakan(YDP - 0198001793) ataupun melalui Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan(Ketua Muslimat - 0138921970) selewat-lewatnya pada 12 Mac 2010 (Jumaat). Segala sumbangan yang diberikan amat dihargai dan semoga ALLAH memberikan balasan yang sebaik-baiknya terhadap para penyumbang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbandingan orang-orang Mukmin dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP