Selasa, 7 Julai 2009

ADAB MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH & UKHUWWAH ISLAM.....

Assalamu'alaikum buat saudara-saudara seagamaku.... Semoga Allah menyatukan hati-hati kita atas dasar kepentingan agama dan memeliharanya sehingga kita dapat dipertemukan semula di alam akhirat sebagai golongan umat Nabi Muhammad s.a.w yang selamat... Amiin...amiin...amiin ya Robbal 'Alamiin Alhamdulillah...dgn izin Allah hati merasa terpanggil utk membaca bahan usrah muslimin sandakan bertarikh 17 April 2009 yg disimpan oleh suami. Besarnya hikmah jika mencari pasangan yg turut berada dlm harakah Islam wahai muslimat semua. Dan juga, moga Allah memberkati insan yg menyediakan bahan usrah tersebut. Saya ingin menyeru diri sendiri dan saudara-saudara seagamaku terutamanya AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan agar berusaha untuk turut mengamalkan sifat-sifat sptmana yg dinyatakan dlm teks usrah tersebut.

#######################################
ADAB MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH ISLAM :
1. TABAYYUN bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima. "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujurat : 6]
2. 'Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan."Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." [al-Hujurat : 11]
3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain terutamanya yang melibatkan status atau standard kebendaan.
4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik sesama mukmin. Janganlah kebencian dan permusuhan kamu dengan seseorang menyebabkan kamu tidak berlaku adil dalam perbuatan mahupun perkataan.
5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka. "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebahagian besar prasangka itu adalah dosa." [al-Hujurat : 8]
6. 'Adamu at-Tajassus iaitu tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Allah S.W.T amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri.
7. Ijtinab al-Ghibah yakni menjauhi perbuatan mengumpat. Rasulullah s.a.w mengingatkan para sahabat bahawa ghibah itu ialah membicarakan hal orang lain yang ia tidak suka hal itu disebut walaupun betul. Jika hal yang diceritakan itu tidak benar maka ia menjadi fitnah pula.
##############################################
Sifat yang sepatutnya kita lakukan jika bertelagah dengan orang lain :
A. Memaafkan kesalahan saudara kita itu & jangan membalas dengan perbuatan yang tidak baik.
B. Berdoa kepada Allah agar dosa kita dan dosanya diampunkan.
C. Doa & harapkan diri kita & saudara kita itu dalam kebaikan dgn membaca doa rabithah {bayangkan mukanya waktu berdoa}.
Usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan mudah, tetapi jika kita yakin dengan janji Allah pasti kita dapat mengamalkannya sedikit demi sedikit secara istiqamah.
Wallahu 'alam.

Read more...

Ahad, 5 Julai 2009

Renungan Bersama : Mampukah Malaysia mengambil iktibar???

Assalamu'alaikum w.t.w....

Segala puji bagi ALLAH yg mengizinkan saya utk melayari blog ini setelah sekian lama menyibukkan diri dgn tanggungjawab lain yg juga perlu diutamakan. Mohon maaf atas ketidakmampuan utk sentiasa memperbaharui isi kandungan blog ini. Saya merayu para sahabat yg telah diberikan peranan utk turut menyumbangkan bahan bagi blog ini agar turut sama memainkan peranan dlm memanfaatkan kemudahan yg telah diusahakan ini.
Sama-samalah kita memupuk rasa saling faham-memahami dan tolong-menolong dlm perkara kebaikan di sisi agama. Itu jugalah sebenarnya yg sangat dituntut drpd diri kita apabila kita meng'intimakan diri kita dgn harakah Islamiyyah.
***********************************************
Berita di bawah ini sangat baik utk kita renungi bersama, kemudian tanyakan apakah pula perasaan kita apabila melihat keadaan negara yg masih blm yakin terhadap hikmah disebalik melaksanakan hukum dan syariat ALLAH.
Rusia haramkan kasino, judi.
MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut. Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat. "Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin slot di selatan Moscow. Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan. Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990-an. Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada agensi berita Ria-Vonosti. Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow. Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara Korea dan Jepun. Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan baru di sana untuk memindahkan operasi mereka. Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah undang-undang itu berkuatkuasa. - AFP
***********************************
Walaupun tindakan pihak tersebut mungkin bukan berasaskan tuntutan agama tetapi negara kita selaku "NEGARA ISLAM" sepatutnya lebih menyedari akan akibatnya apabila melakukan larangan ALLAH @ membiarkan maksiat & kemungkaran semakin berleluasa tanpa mengambil tindakan mengikut syariat Islam.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP