Rabu, 22 April 2009

Al-Fatihah...

Bila manusia mula lupa tujuan kejadiannya di bumi ALLAH ini, pastilah dia mula dikuasai oleh hawa nafsu dan syaitan. Peristiwa menyayat hati yang berlaku ini menuntut kita untuk bersama-sama berdoa kepada ALLAH agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan kesabaran dalam melaluinya. Moga keadilan ALLAH dapat menenangkan hati keluarga tersebut akhirnya. *************************************************************** Friday, April 17, 2009 Salam Takziah Buat Cikgu Siti Nurul Rahmah Atas Pemergian 2 org Adik Tercinta. Salam Perjuangan. Kita mulakan artikel kali ini dengan membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada 2 orang Allahyarham tersebut. Al-Fatihah..... Amin....moga kedua-dua Allahyarham dalam redha Allah. Norafidah,17 dan Noradibah, 6 telah kembali ke rahmatullah pada 15 April 2009. Pemergian mereka bukan satu yang dijangkakan. Memanglah, ajal itu tidak mengenal tempat, usia, masa dan lain-lain. Malaikat maut akan menjalankan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan daripada Rabbul Izzati. Namun, pemergian dua beradik ini sebenarnya merupakan satu tragedi ngeri yang menyayat hati. 16 April 2009 yang lalu, kami rombongan PASTI Sandakan menziarahi Rahmah dan keluarganya. Di situ kami mendengar cerita yang lebih jelas daripada beliau. Perjalanan ke rumah Rahmah ...jalan kaki ke rumah Rahmah Ini dia rumah sahabat kita (di rumah inilah kejadian berlaku) Menurut Rahmah, mereka berdua dibunuh, ditikam sehingga menemui ajal. Diceritakan lagi, sewaktu kejadian sekitar 2 petang mereka hanya berdua yang berada di rumah. Ahli keluarga yang lain keluar rumah menjalankan tugas masing-masing. Norafidah,17 telah ditikam sebanyak 9 kali. Sementara Noradibah, 6 pula menerima tikaman sebanyak 13 kali. Pak cik ini sedang berkongsi kesedihan dengan kami Kakak mana yang tidak sedih menghadapi berita ini. Sambil teresak-esak, Rahmah menceritakan lagi bahawa perut adiknya, Noradibah terkeluar akibat tikaman tersebut. Na'uzubillah.....Masya'Allah....Tak sanggup mendengarnya.... Sungguh kejam manusia...!!! Sedih mendengar ceritanya. Rahmah (tudung putih, baju hitam) sedang bercerita. Ada kekuatan di wajah guru PASTI ini...bersabarlah. Begitulah manusia, jika betul perhitungannya..maka menjadi mulialah dia mengalahkan Malaikat. Tetapi, jika silap anutannya..maka menjadi hinalah dia mengalahkan syaitan dan sekutunya. Kes ini sedang dalam siasatan polis. Mudah-mudahan ada iktibarnya buat kita semua. Sementara, pada malamnya kami penyokong dan pendokong PAS mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk dihadiahkan kepada kedua-dua Allahyarham. Takziah buat Rahmah dan keluarga. Sebagai penutupnya, marilah sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Norafidah,17 dan Noradibah, 6. Sekian. Posted by Mujahid Islam 0 comments ********************************************** Sumber : Blog PASTI Kawasan Sandakan

Read more...

Selasa, 21 April 2009

SALAM PERJUANGAN BUAT SAF PIMPINAN...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Agung Lagi Maha Mengetahui. Segala puji bagiNya yang mengurniakan nikmat Iman & Islam ke atas diri kita hambaNya yang beruntung. Selawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w yang membawa Rahmat ke seluruh alam. Sesi muhasabah dalam muktamar telahpun berlalu, tibalah masanya utk meneruskan kehidupan dengan rutin dan amanah yang telah ditaklifkan oleh ALLAH buat saf pimpinan sesi 2009 - 2011. Sekalung penghargaan atas kerjasama yg diberikan & doa yang dipanjatkan agar ALLAH mengizinkan muktamar tersebut dapat juga dilaksanakan. Mohon maaf atas segala kelemahan & kekurangan yg disedari atau tidak dalam membuat persiapan sebelum & semasa pelaksanaan muktamar. Moga ALLAH tetap menerima segala usaha kita yg serba kekurangan itu sebagai amal soleh di sisiNya. Amin... Saya menyeru diri saya sendiri dan akhwat sekalian agar sentiasa berusaha utk melaksanakan segala amanah yg ditaklifkan dengan sebaiknya walaupun adakalanya ia menuntut pengorbanan yg terlalu besar dari diri kita yg lemah ini. Segala kekangan & halangan yg mendatang jgnlah kita jadikan sbg alasan utk berputus asa dan melarikan diri daripada meneruskan gerak kerja jamaah. Memanglah iblis & syaitan akan berusaha utk melemahkan semangat juang kita dari luaran dan dalaman,namun berusahalah kita utk menguatkan kesabaran dlm menghadapi ujian ALLAH & bersangka baiklah terhadap segala takdir ALLAH atas diri kita walaupun pahit & peritnya sehingga menitiskan air mata kita di penghujung solat. Cukuplah ALLAH sebagai tempat utk kita mengadu & meminta pertolongan. Kerana hanya DIA yang Maha Tahu apa yang terbaik utk setiap diri hamba2Nya. Besar atau kecilnya amanah yg ditaklifkan bukannya ukuran kedudukan kita di sisi ALLAH. Anggaplah semua amanah itu seperti sebuah gunung yg akan menghempap kita jika kita tidak melakukan sesuatu utk mengukuhkannya dgn binaan seperti amalan-amalan soleh. Kepayahan dalam melaksanakan amanah itulah yg akan mengingatkan diri kita agar meletakkan pergantungan harap hanya kepada ALLAH semata & bukannya terhadap makhluk lain sama ada manusia atau alatan canggih yg telah direkacipta. Jika mampu, ambillah urusan dunia itu sekadar yang perlunya sahaja kerana yg halal itu akan dihisab sedangkan yg haram itu akan dituntut pertanggungjawapan kita masing-masing. ************************************************************************************* Insya' ALLAH, dlm ruangan seterusnya akan kita kongsikan pengisian yg bertajuk MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM berpandukan Buku MANHAJ DAURAH TADRIBIYAH terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat edisi 2001.

Read more...

Ahad, 12 April 2009

Demi Matahari

Read more...

Selasa, 7 April 2009

INFO TERKINI MUKTAMAR DMPKS KE - 7

Assalamu'alaikum... Makluman buat semua ahli DMPKS, sila ambil perhatian terhadap pertukaran tarikh Muktamar DMPKS Kali Ke - 7. Berikut adalah maklumat yang terkini :- Perkara : MUKTAMAR DMPKS KALI KE - 7 Tarikh : 12 April 2009 / 16 Rabiul Akhir 1430 H Hari : Ahad Tempat : Dewan CNI, Batu 4 Sandakan Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengahari Harap maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat pertukaran tarikh tersebut. Kebanyakan AJK Muslimat mendapat arahan untuk bertugas pada tarikh 11 April 2009 (Sabtu) tersebut walaupun 10 April 2009 (Jumaat) merupakan hari cuti. Harap dapat disebarkan maklumat ini kepada muslimat DMPKS yang lain.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP