Isnin, 31 Januari 2011
Ahad, 30 Januari 2011
10 JANJI PAKATAN RAKYAT DALAM TEMPOH 100 HARI JIKA DIBERIKAN KUASA MEMERINTAH
- MANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA).
- MENGARAHKAN KHAZANAH BERHAD KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN LAIN-LAIN BADAN MILIK KERAJAAN YANG MEMILIKI KONSESI LEBUHRAYA UNTUK MENYEMPURNAKAN AMBIL ALIH ASET LEBUHRAYA OLEH KERAJAAN DGN TUJUAN MENGHAPUSKAN TOL.
- MEROMBAK STRUKTUR SUBSIDI NEGARA BAGI MENGURANGKAN SUBSIDI KEPADA PIHAK SWASTA (SEPERTI SUBSIDI GAS SEBANYAK RM19 BILION KEPADA PENJANA BEBAS) DENGAN MEMINDAHKANNYA BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN SUBSIDI RAKYAT.
- MENGHARGAI PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK BANGSA DENGAN MENAIKKAN , MEMPERKENALKAN IMBUHAN PERGURUAN SEBANYAK RM500 SEBULAN SETIAP ORANG.
- MENJADIKAN AIR SEBAGAI HAK RAKYAT DENGAN MENGEMBALIKAN SEMUA KONSESI PENGURUSAN AIR YANG DI URUSKAN SWASTA KEPADA KERAJAAN.
- MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INTERNET WIFI PERCUMA KEPADA SEMUA RAKYAT DI KAWASAN BANDAR DAN SEPARA BANDAR.
- MEMBATALKAN FELDA PLANTATION BAGI TUJUAN MEMBUKA LADANG2 YANG KINI DI URUSAKANNYA KEPADA GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA.
- MENAIKKAN ROYALTI MINYAK KEPADA SABAH DAN SARAWAK KEPADA 20%.
- MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MEMULIHKAN SISTEM KEHAKIMAN.
- MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT PENDATANG TANPA IZIN DAN KERAKYATAN DI NEGERI SABAH.
D DMPKSIsnin, 18 Oktober 2010
MARILAH BERSAMA KITA MEMBERI SOKONGAN PADU...
Assalamu'alaikum dan salam hormat,
Seluruh rakyat Sandakan yang cintakan kebenaran, kebaikan dan keadilan dijemput agar bersama-sama memberi sokongan padu terhadap HEMPAS yang akan berlangsung di daerah Sandakan.
Marilah beramai-ramai kita menghadirkan diri ke Dewan Persatuan HAKKA, Sandakan pada 24 Oktober ini bagi membuka mata dan hati kita terhadap kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa...
Pihak DMPKS mencabar seluruh rakyat Sandakan yang teraniaya di bumi sendiri agar bersama-sama menuntut pembelaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi berselindung di sebalik kuasa yang sedia ada.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR..
Bantulah kami ya ALLAH dalam menunaikan amanah sebagai rakyat yang cintakan negara. Jangan kerana kelemahan sebahagian daripada kami, selamanya kaum yang zalim dan tidak amanah menjadi pihak yang berkuasa ke atas kami.
Jumaat, 23 Julai 2010
Santapan Rohani
Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Kahfi, ayat 28 bermaksud :- "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran".. Muslimat yang dikasihi ALLAH..tidak kira orang PAS atau UMNO atau PKR. Selagi kita merasakan diri kita seorang wanita Islam, walau dimana atau kumpulan mana pun kita berada sama-samalah kita renungkan kalam ALLAH yang tercatat di atas...Moga-moga ALLAH membuka pintu hati kita untuk mudah menerima kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis.. Sedih rasanya bila melihat segolongan umat Islam suda mula hilang rasa malu daripada menabur fitnah dan tohmahan terhadap golongan yang berusaha menegakkan syariat ALLAH di bumi Malaysia yang dikasihi ini.. Bertambah sedih bila pemimpin yang diberi amanah mentadbir negara menggunakan alasan dirinya sebagai seorang Islam untuk ditaati oleh rakyat secara mutlak..Sedangkan ketaatan kepada ALLAH dan Rasul sahaja yang mutlak kerana disandarkan kepada dalil al-Quran dan Hadis. Manakala ketaatan kepada pemimpin hanyalah selagimana pemimpin itu berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Apabila pemimpin itu hanyalah beragama Islam tetapi cara hidup tidak mengikut tuntutan syariat Islam bahkan mengagungkan idealogi2 ciptaan manusia yang ada kalanya bertentangan dengan aqidah, ibadah dan akhlak Islam, maka bagaimanakah kita hendak terus mentaati pemimpin sebegini... Sebelum ALLAH menghukum kita kerana memilih pemimpin yang ingkar terhadap ALLAH, marilah kita bersama berusaha membuat perubahan kepimpinan dengan merujuk kepada kriteria pemimpin yang ditetapkan oleh Islam. Buka mata dan pasang telinga untuk mencari kebenaran, kemudian renungkanlah dengan mata hati yang berpandukan iman bukannya hawa nafsu, PASti kita akan melihat siapakah pemimpin yang sebenarnya menyayangi agama dan siapakah pula pemimpin yang menuruti hawa nafsunya. Jangan korbankan kehidupan kita di akhirat yang kekal hanya kerana digula-gulakan dengan kesenangan dan keseronokan sementara di dunia ini... Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita dan sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhaiNYA. Amin Ya Rabbal 'Alamin.. Siapalah diri kita ini tanpa mengikuti panduan ALLAH dan RasulNYA...
Read more...Rabu, 14 Julai 2010
USUL DMPP Muktamar 2010.. PENDIDIKAN ISLAM WAJIB LULUS!!!!
Masalah Sosial bukan lagi perkara baru yang berlaku di kalangan masyarakat kini. Pada hari ini, kita dapat
mendengar, melihat pelbagai permasalahan sosial seperti pembuangan bayi, pembunuhan, penderaan dsb. Dimana sudah kasih sayang manusia??? ADa yang berkata; dalam kelompok binatang tiada manusia, tapi dalam kelompok manusia ada binatang?? Malah yang menyedihkan kita, permasalahan ini tidak pernah berkurang malah makin meningkat....... KENAPA ya????? APA KATA ANDA???


