Jumaat, 21 Ogos 2009

Kurniaan Allah kepada Pejuang yang Bertaqwa :- 1. Pejuang yang bertaqwa akan mendapat kejayaan dunia dan akhiratPejuang bertaqwa akan dikurniakan kejayaan, kebahagiaan dan kemenangan oleh Allah di dunia ini dan juga di akhirat nanti. “….maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu beroleh kejayaan”.( Surah Al – Maidah. Ayat : 100 )“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan”.( Surah An-Naba’: Ayat 31 ) Kejayaan yang dimaksudkan itu ialah kehidupan mereka akan dilimpahi berkat oleh Allah dan terbukalah pintu rezki seluas-luasnya kepada mereka serta terhasillah kepada mereka segala sebab yang membawa kebahagiaan dan ketenteraman hidup biarpun kehidupannya sebagai seorang pejuang sering dihalang dan diganggu gugat oleh musuh – musuh Allah swt. Renungkanlah firman Allah ini :“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”. ( Surah Al-A’raf : Ayat 96 ) Menurut para mufassirin , yang dimaksudkan dengan keberkatan dari langit ialah turunnya hujan dan keberkatan dari bumi pula ialah tumbuhnya tanam-tanaman dan buah-buahan. Termasuklah keberkatan tersebut segala macam nikmat dan rezki, begitu pula segala perkara yang menyebabkan wujudnya kesejahteraan dan keamanan di atas bumi . Adalah menjadi dasar yang diakui oleh al-Quran bahawa adanya keimanan yang sejati dan agama yang benar akan menyebabkan pula wujudnya kebahagiaan di dunia. Kebahagiaan di dunia itulah yang dinikmati oleh orang-orang yang mahu beriman dan bertaqwa kepada Allah.[9] Kemuncak kejayaan dan kebahagiaan bagi orang-orang bertaqwa ialah di akhirat iaitu mereka akan dikurniakan kenikmatan syurga oleh Allah. Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertaqwa sebagaimana firmanNya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”.( Surah Aali Imran : Ayat 133 ) “Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertaqwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam surga yang penuh keni`matan”. ( Surah al-Maidah: Ayat 65 ) 2. Pejuang yang bertaqwa dihapuskan kesalahan dan diampunkan dosa oleh AllahAntara kurniaan Allah kepada orang-orang bertaqwa ialah pengampunan dosa. Kesalahan-kesalahan mereka akan dihapuskan oleh Allah dan dosa-dosa mereka akan diampunkanNya. Ini adalah janji Allah yang termaktub di dalam al-Quran sebagaimana firmanNya: “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”.(Surah al-Anfal: Ayat 29 ) “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”. (Al-Ahzab: Ayat 71 ) Menurut Imam An-Nasafi : Kesalahan-kesalahan (السيئات) yang dihapuskan Allah dari orang-orang bertaqwa itu ialah dosa-dosa kecil mereka (الصغائر), dan adapun pengampunan yang Ia kurniakan kepada mereka ialah ke atas dosa-dosa besar (الكبائر).[10] Berkata Imam asy-Syaukani : “‘Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu’ maksudnya ialah Ia menutup kesalahan-kesalahan kamu sehingga tidak kelihatan (kepada orang lain) dan Ia mengampunkan dosa-dosa yang kamu lakukan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ‘kesalahan-kesalahan’ (السيئات) ialah dosa-dosa kecil dan yang dimaksudkan dengan ‘dosa-dosa’ (الذنوب) ialah dosa-dosa besar. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Allah berjanji kepada mereka (yakni orang-orang bertaqwa) bahawa ia akan mengislahkan amalan-amalan mereka (yakni memberi taufik kepada mereka untuk melakukan amal-amal soleh) dan Ia akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang lalu dan adapun dosa yang dilakukan oleh mereka pada masa hadapan, Ia akan mengilhamkan kepada mereka taubat”.[11]

Read more...

Assalamu'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh... Bulan Ramadhan datang lagi, bulan keampunan dan bulan ibadah. Hati orang-orang mukmin sangat gembira dengan kehadiran bulan ini. Oleh itu ya ALlah! " Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban serta panjangkanlah umur kami sehingga bulan Ramadhan". Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :يا يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt. ( Surah al Baqarah : Ayat 183 ) Ayat di atas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang difadhukan ini ialah Taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah swt. Maksud yang seerti dengannya ialah puasa kita gagal apabila kita gagal mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini . Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja atau urusan ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaannya sejauh mana ia dicapai . Inilah yang biasa disebut sebagai management by objective . Prof. Doktor Wahbah az Zuhaili . ( di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua /muka surat 130 . Cetakan Darul Fikri Damsyik ) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt melalui beberapa faktor : 1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah swt. dalam keadaan sembunyi atau terbuka . Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah swt. ( Seseorang boleh makan lalu berpura – pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah swt. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui .) 2. Mengekang keterlanjuran syahwat dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. ( lantaran puasa melemahkan gelora nafsu .) 3. Mencetus naluri yang peka ( sensitive ) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain . ( Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik ) 4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang – orang kaya dan miskin .( di sisi Allah swt.) 5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas system ( yang benar dan menepati fitrah ) dan mendisiplinkannya. 6. Memulihkan struktur dalaman tubuh , menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad . Definisi Taqwa :Kalimah ‘Taqwa’ asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.[1] Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :أَنْ يُطَاَع فَلا يُعْصَى وَ أَنْ يُذْكَرَ فَلا يُنْسَى وَ أَنْ يُشْكَرَ فَلا يُكْفَرَ“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )[2] Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”.[3] Menurut Ibnu Abbas r.a. : “Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta’atiNya”. [4] Menurut Hasan al-Basri : “Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka”.[5] Berkata Abu Yazid al-Bustami : “Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah”.[6] - bersambung

Read more...

Selasa, 7 Julai 2009

ADAB MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH & UKHUWWAH ISLAM.....

Assalamu'alaikum buat saudara-saudara seagamaku.... Semoga Allah menyatukan hati-hati kita atas dasar kepentingan agama dan memeliharanya sehingga kita dapat dipertemukan semula di alam akhirat sebagai golongan umat Nabi Muhammad s.a.w yang selamat... Amiin...amiin...amiin ya Robbal 'Alamiin Alhamdulillah...dgn izin Allah hati merasa terpanggil utk membaca bahan usrah muslimin sandakan bertarikh 17 April 2009 yg disimpan oleh suami. Besarnya hikmah jika mencari pasangan yg turut berada dlm harakah Islam wahai muslimat semua. Dan juga, moga Allah memberkati insan yg menyediakan bahan usrah tersebut. Saya ingin menyeru diri sendiri dan saudara-saudara seagamaku terutamanya AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan agar berusaha untuk turut mengamalkan sifat-sifat sptmana yg dinyatakan dlm teks usrah tersebut.

#######################################
ADAB MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH DAN UKHUWWAH ISLAM :
1. TABAYYUN bererti mencari kejelasan dan kesohihan maklumat yang diterima. "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujurat : 6]
2. 'Adamus Sukhriyyah ertinya tidak memperolok-olokkan."Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." [al-Hujurat : 11]
3. 'Adamul Lamz iaitu tidak mencela orang lain terutamanya yang melibatkan status atau standard kebendaan.
4. Tarku at-Tanabuz yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik sesama mukmin. Janganlah kebencian dan permusuhan kamu dengan seseorang menyebabkan kamu tidak berlaku adil dalam perbuatan mahupun perkataan.
5. Ijtinab Kathirun min az-zon iaitu menjauhi kebanyakan prasangka. "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebahagian besar prasangka itu adalah dosa." [al-Hujurat : 8]
6. 'Adamu at-Tajassus iaitu tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Allah S.W.T amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri.
7. Ijtinab al-Ghibah yakni menjauhi perbuatan mengumpat. Rasulullah s.a.w mengingatkan para sahabat bahawa ghibah itu ialah membicarakan hal orang lain yang ia tidak suka hal itu disebut walaupun betul. Jika hal yang diceritakan itu tidak benar maka ia menjadi fitnah pula.
##############################################
Sifat yang sepatutnya kita lakukan jika bertelagah dengan orang lain :
A. Memaafkan kesalahan saudara kita itu & jangan membalas dengan perbuatan yang tidak baik.
B. Berdoa kepada Allah agar dosa kita dan dosanya diampunkan.
C. Doa & harapkan diri kita & saudara kita itu dalam kebaikan dgn membaca doa rabithah {bayangkan mukanya waktu berdoa}.
Usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan mudah, tetapi jika kita yakin dengan janji Allah pasti kita dapat mengamalkannya sedikit demi sedikit secara istiqamah.
Wallahu 'alam.

Read more...

Ahad, 5 Julai 2009

Renungan Bersama : Mampukah Malaysia mengambil iktibar???

Assalamu'alaikum w.t.w....

Segala puji bagi ALLAH yg mengizinkan saya utk melayari blog ini setelah sekian lama menyibukkan diri dgn tanggungjawab lain yg juga perlu diutamakan. Mohon maaf atas ketidakmampuan utk sentiasa memperbaharui isi kandungan blog ini. Saya merayu para sahabat yg telah diberikan peranan utk turut menyumbangkan bahan bagi blog ini agar turut sama memainkan peranan dlm memanfaatkan kemudahan yg telah diusahakan ini.
Sama-samalah kita memupuk rasa saling faham-memahami dan tolong-menolong dlm perkara kebaikan di sisi agama. Itu jugalah sebenarnya yg sangat dituntut drpd diri kita apabila kita meng'intimakan diri kita dgn harakah Islamiyyah.
***********************************************
Berita di bawah ini sangat baik utk kita renungi bersama, kemudian tanyakan apakah pula perasaan kita apabila melihat keadaan negara yg masih blm yakin terhadap hikmah disebalik melaksanakan hukum dan syariat ALLAH.
Rusia haramkan kasino, judi.
MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut. Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat. "Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin slot di selatan Moscow. Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan. Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990-an. Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada agensi berita Ria-Vonosti. Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow. Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara Korea dan Jepun. Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan baru di sana untuk memindahkan operasi mereka. Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah undang-undang itu berkuatkuasa. - AFP
***********************************
Walaupun tindakan pihak tersebut mungkin bukan berasaskan tuntutan agama tetapi negara kita selaku "NEGARA ISLAM" sepatutnya lebih menyedari akan akibatnya apabila melakukan larangan ALLAH @ membiarkan maksiat & kemungkaran semakin berleluasa tanpa mengambil tindakan mengikut syariat Islam.

Read more...

Isnin, 25 Mei 2009

PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM SANDAKAN : Pilih Yang Halal Jauhi Yang Haram @ Syubhah

SENARAI PREMIS YANG DIIKTIRAF HALAL OLEH JAWATANKUASA MAKANAN DAN BAHAN GUNAAN ISLAM (MGI)
NEGERI SABAH
URUSETIA JAWATANKUASA MGI Unit MGI,Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am JHEAINS, Tingkat 3, 9, 10, Blok A Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Tel: 088-222435
(BAGI KAWASAN SANDAKAN) *************************************************************************
PENJUALAN DAGING & AYAM MENTAH Nama Pemohon/SyarikatKK FRESHMART (SANDAKAN) SDN. BHD.
LOT 125 & 126, BLOK HS.14,TINGKAT BAWAH, SANDAKAN HARBOUR SQUARE, SANDAKAN, SABAH TEL: 089-213961
Tempoh Sah Laku Sijil01 OGOS 2009 Nama Pemohon/SyarikatDESA INTEGRATED FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.,
LOT 72, BLOK J, TINGKAT BAWAH, BANDAR PASARAYA, BATU 4, 90000 SANDAKAN
TEL: 088-287200, 089-224832
Tempoh Sah Laku Sijil04 OKTOBER 2009 Nama Pemohon/SyarikatHAVI MARKETING & IMPORTLOT 1, BATU 9,
JALAN LABUK,SANDAKAN TEL: 019-8127551, 019-8618802T
empoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatTONG YICK FROZEN BEEF MEAT RETAIL & DISTRIBUTOR,LOT 10B, BLOK A, TINGKAT BAWAH, ZON INDUSTRI SERTA BATU 3,
JALAN UTARA, SANDAKAN Tempoh Sah Laku Sijil24 SEPTEMBER 2010 PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM Nama Pemohon/SyarikatPASTI SEGAR SDN. BHD.BATU 7,
JALAN LABUK, Tel : 089-666277
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatTERNAKAN SRI JAYA SDN. BHD.,
BATU 14, JALAN SEPILOK SANDAKAN TEL: 089-531312
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatEVERGROWTH MARKETING SDN. BHD.,
LOT 1, BLOK 1, TINGKAT BAWAH, JALAN KG. MELAYU, BATU 8, SANDAKAN
TEL: 089-675545 Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatMETRO FROZEN FOOD SDN. BHD.,
LOT B8, BDC, MILE 1 ½, JALAN UTARA SANDAKAN
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatKING MAJU FARM BATU 8 ½, JALAN CHUNG HWA,
PETI SURAT 3563,90740 SANDAKAN TEL: 089-666757 (O) 674116 (F)
Tempoh Sah Laku Sijil24 SEPTEMBER 2010 Nama Pemohon/SyarikatTERNAKAN YAPPBATU 8 ½,
JALAN CHUNG HWA JALAN LABUK, SANDAKAN TEL: 089-675163, 019-8338150
Tempoh Sah Laku Sijil24 SEPTEMBER 2010 Nama Pemohon/SyarikatCHANG SHUN RESOURCES SDN. BHD.,
BATU 9, JALAN HIEW NGEE FATT,SANDAKAN TEL: 089-673778
Tempoh Sah Laku Sijil24 SEPTEMBER 2010
PREMIS MAKANAN/ RESTORAN HOTEL
Nama Pemohon/SyarikatREGENT GARDEN RESTAURANT HSIANG GARDEN HOTEL
MILE 1 ½, JALAN LEILA,SANDAKAN TEL: 089-273022/23/26 (O) 089-273127 (F)
Tempoh Sah Laku Sijil01 OGOS 2009 Nama Pemohon/SyarikatRESTORAN SANBAY,HOTEL SANBAY,
BATU ¼, JALAN LEILA,90720 SANDAKAN TEL:089-275000 (O) 275575 (F)
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatPLANTATION CAFE,SABAH HOTEL SDN. BHD.,
KM.1, JALAN UTARA, SANDAKAN TEL: 089-213299
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatSIGNATURE CAFE,WHOLLY OWNED BY
OCEANWEALTH TRADING SDN. BHD.,
LOT 120-122, BLOK HS 13, TINGKAT 1,SANDAKAN HARBOUR SQUARE,SANDAKAN
TEL: 089-228250 Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatRESTORAN AJMEER BATU 3, JALAN LABUK,
TAMAN HING LEE,BLOK 5, SANDAKAN, SABAH
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatALICE’S BLOK B, TINGKAT BAWAH, BATU 4,
BANDAR KIM FUNG, SANDAKAN, SABAH
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 PREMIS PRODUK MAKANAN Nama Pemohon/SyarikatHAI JOO BAKERY SDN. BHD.NO. 52 & 63,
BANDAR BDC SANDAKAN TEL: 089-214555 (O) 273577(F)
Jenis PerniagaanROTI DAN KEK
Tempoh Sah Laku Sijil09 SEPTEMBER 2009 Nama Pemohon/SyarikatMUI TONG MUI SDN. BHD.BATU 7,
JALAN AIRPORT PERIMETER, SANDAKANT EL: 089-668450 (O) 671639 (F)
Jenis PerniagaanKOPI O CAP LAMPU, 3 IN 1 INSTANT COFFEE,
KOPI CAMPURAN CAP LAMPU, DAN TEH CAP LAMPU
Tempoh Sah Laku Sijil01 OGOS 2009 Nama Pemohon/SyarikatCHUNG YING CONFECTIONERY & FOOD SDN. BHD.BATU 14, JALAN LABUK, SANDAKANTEL: 089-521336/531337 (O)089-531676 (F)
Jenis PerniagaanBISKUT JENAMA SELAMAT PAK
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatSYARIKAT PERNIAGAAN ANIKA RIA, LOT 11,
JAFUL LIGHT INDUSTRIAL ESTATE, BATU 8, JALAN FOOK KIM,SANDAKAN
TEL: 089-671596Jenis PerniagaanAIS KRIM JENAMA ANEKA
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatMIKITA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.,LOT 3 & 4,
BDC, BATU 1 ½, SANDAKAN TEL: 089-210739 Jenis Perniagaan KEROPOK
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatLIFE WATER INDUSTRIES SDN. BHD.,LOT 9,
MEGAH LIGHT INDUSTRIAL ESTATE, BATU 7, JALAN LABUK ,SANDAKAN
TEL: 089-675778 (O), 089-675833 (F) Jenis PerniagaanAIR MINUMAN
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatLIFE WATER INDUSTRIES SDN. BHD.,LOT 17,
MEGAH LIGHT INDUSTRIAL ESTATE, MILE 7, JALAN LABUK90732 SANDAKAN
TEL: 089-675778 (O), 089-675833 (F)Jenis PerniagaanAIR MINUMAN BERPERISA
Tempoh Sah Laku Sijil14 JULAI 2010 Nama Pemohon/SyarikatADAYO TRUS IND. HALAL FOODS ENT.,LOT 27,
TINGKAT BAWAH & 1, LORONG BDC 2, SEDCO LIGHT INDUSTRY BDC, JALAN BDC, SANDAKAN TEL: 089-674753 Jenis PerniagaanMEE KUNING BASAH, KUIH TIAU, FISH BALL JENAMA ADAYO TRUS IND. HALAL FOODS ENT.
Tempoh Sah Laku Sijil24 SEPTEMBER 2010 Nama Pemohon/SyarikatRISING FOOD MANUFACTURING SDN. BHD.,
LOT 1, BDC, MILE 1 ½,JALAN UTARA, SANDAKAN TEL: 089-210826, 089-275131
Jenis PerniagaanMARI-MARI, KEROPOK JAGUNG, O K RING, KEROPOK BALLON, GOG RING, JUJU RING, TIP-TOP, CHOCO RING, DURIAN BALL, SAMBAL BALADO, CHOCOLATE CRUNCH, MIMI
Tempoh Sah Laku Sijil24 SEPTEMBER 2010 SENARAI PREMIS YANG TELAH TAMAT TEMPOH SAH LAKU SIJIL HALALPREMIS MAKANAN/RESTORAN PALM CAFÉ HOTEL SANDAKAN4TH AVENUE, BLOK 83, LEBOH 4,SANDAKAN, SABAHTEL: 089-221122 (O) 089-221100 (F)
RESTORAN HOTEL21 MAC 2009LOGO:0288SIJIL:00099
Sumber : http://www.sabah.gov.my/HalalSabah/ Posted by PAS Kawasan Sandakan

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP