Memaparkan catatan dengan label Info S/U. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info S/U. Papar semua catatan

Selasa, 21 April 2009

SALAM PERJUANGAN BUAT SAF PIMPINAN...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Agung Lagi Maha Mengetahui. Segala puji bagiNya yang mengurniakan nikmat Iman & Islam ke atas diri kita hambaNya yang beruntung. Selawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w yang membawa Rahmat ke seluruh alam. Sesi muhasabah dalam muktamar telahpun berlalu, tibalah masanya utk meneruskan kehidupan dengan rutin dan amanah yang telah ditaklifkan oleh ALLAH buat saf pimpinan sesi 2009 - 2011. Sekalung penghargaan atas kerjasama yg diberikan & doa yang dipanjatkan agar ALLAH mengizinkan muktamar tersebut dapat juga dilaksanakan. Mohon maaf atas segala kelemahan & kekurangan yg disedari atau tidak dalam membuat persiapan sebelum & semasa pelaksanaan muktamar. Moga ALLAH tetap menerima segala usaha kita yg serba kekurangan itu sebagai amal soleh di sisiNya. Amin... Saya menyeru diri saya sendiri dan akhwat sekalian agar sentiasa berusaha utk melaksanakan segala amanah yg ditaklifkan dengan sebaiknya walaupun adakalanya ia menuntut pengorbanan yg terlalu besar dari diri kita yg lemah ini. Segala kekangan & halangan yg mendatang jgnlah kita jadikan sbg alasan utk berputus asa dan melarikan diri daripada meneruskan gerak kerja jamaah. Memanglah iblis & syaitan akan berusaha utk melemahkan semangat juang kita dari luaran dan dalaman,namun berusahalah kita utk menguatkan kesabaran dlm menghadapi ujian ALLAH & bersangka baiklah terhadap segala takdir ALLAH atas diri kita walaupun pahit & peritnya sehingga menitiskan air mata kita di penghujung solat. Cukuplah ALLAH sebagai tempat utk kita mengadu & meminta pertolongan. Kerana hanya DIA yang Maha Tahu apa yang terbaik utk setiap diri hamba2Nya. Besar atau kecilnya amanah yg ditaklifkan bukannya ukuran kedudukan kita di sisi ALLAH. Anggaplah semua amanah itu seperti sebuah gunung yg akan menghempap kita jika kita tidak melakukan sesuatu utk mengukuhkannya dgn binaan seperti amalan-amalan soleh. Kepayahan dalam melaksanakan amanah itulah yg akan mengingatkan diri kita agar meletakkan pergantungan harap hanya kepada ALLAH semata & bukannya terhadap makhluk lain sama ada manusia atau alatan canggih yg telah direkacipta. Jika mampu, ambillah urusan dunia itu sekadar yang perlunya sahaja kerana yg halal itu akan dihisab sedangkan yg haram itu akan dituntut pertanggungjawapan kita masing-masing. ************************************************************************************* Insya' ALLAH, dlm ruangan seterusnya akan kita kongsikan pengisian yg bertajuk MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM berpandukan Buku MANHAJ DAURAH TADRIBIYAH terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat edisi 2001.

Read more...

Selasa, 7 April 2009

INFO TERKINI MUKTAMAR DMPKS KE - 7

Assalamu'alaikum... Makluman buat semua ahli DMPKS, sila ambil perhatian terhadap pertukaran tarikh Muktamar DMPKS Kali Ke - 7. Berikut adalah maklumat yang terkini :- Perkara : MUKTAMAR DMPKS KALI KE - 7 Tarikh : 12 April 2009 / 16 Rabiul Akhir 1430 H Hari : Ahad Tempat : Dewan CNI, Batu 4 Sandakan Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengahari Harap maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat pertukaran tarikh tersebut. Kebanyakan AJK Muslimat mendapat arahan untuk bertugas pada tarikh 11 April 2009 (Sabtu) tersebut walaupun 10 April 2009 (Jumaat) merupakan hari cuti. Harap dapat disebarkan maklumat ini kepada muslimat DMPKS yang lain.

Read more...

Rabu, 11 Mac 2009

Makluman Muktamar DMPKS Kali Ke - 7

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih... Firman Allah S.W.T dalam Surah Muhammad ayat 31, mafhumnya : "Nescaya kami akan menguji kamu (memberi ibtila') sehingga maklum kepada kami mereka yang berjuang dan bersabar di kalangan kamu dan kami mengetahui keadaan sebenar kamu" Sesungguhnya perjuangan menegakkan syiar Islam adalah sesuatu yang sukar malah terpaksa berhadapan pula dengan segala mehnah dan ibtila' (halangan dan ujian). Sejak bermulanya dakwah Islam yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadap Rasulullah s.a.w, sejak itu jugalah halangan dan ujian menjadi sebahagian daripada kisah hidup Rasulullah s.a.w. Sedangkan Rasulullah s.a.w yang merupakan sebaik-baik manusia di sisi Allah turut merasai mehnah dan ibtila' dalam perjuangan, siapakah pula diri kita ini untuk mengharapkan jalan perjuangan yang dilalui ini penuh dengan kesenangan dan kegembiraan serta mudahnya mencapai kejayaan. Hanya kesabaran dan doa yang tak putus-putus kepada Allah jualah yang dapat membantu kita untuk terus bersama golongan yang ingin menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Muslimah yang dikurniakan kekurangan dari segi fizikal sebenarnya turut dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan kekuatan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian yang mungkin tidak mampu ditanggung oleh seorang lelaki. Ketabahan hati itulah yang menemani seorang muslimah ketika mengandungkan anaknya dengan susah payah selama hampir 9 bulan 10 hari. Kelebihan itulah yang membuktikan bahawa setiap muslimah yang bermujahadah akan mampu istiqamah dalam mempertahankan syariat Allah S.W.T walaupun diuji dengan pelbagai perkara sama ada besar atau kecil. Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk mendidik generasi seterusnya agar berusaha mempertahankan syariat Islam walaupun di saat dunia sudah mula memandang kepentingan kebendaan dan matlamat keduniaan sebagai ukuran kejayaan seseorang manusia. Teruskanlah kesabaran kita wahai muslimah sekalian sehingga sampai waktunya kita dipanggil menemui Allah S.W.T untuk dihitung segala amalan kita semasa di dunia. Itulah sedikit intipati bagi tema Muktamar Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan Kali yang Ke - 7. Semua ahli DMPKS diharap mengambil perhatian terhadap maklumat berikut :- Muktamar Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan Kali Ke - 7 Tarikh : 11 April 2009 / 15 Rabiul Akhir 1430 H Tempat : Dewan Batu 4, Bandar Kim Fung Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang Tema : MUJAHIDAH PEMANGKIN KELANGSUNGAN SYIAR ISLAM

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP