Jumaat, 30 Mac 2012
MUKTAMAR DMPKS 2012
Isnin, 20 Jun 2011
Negara Berkebajikan PAS jadikan BN gelabah.
Konsep Negara Berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS pada Muktamar baru-baru ini, ternyata membuatkan UMNO tiba-tiba menjadi gelabah. Kalau sebelum ini, UTUSAN Malaysia sering memperlihatkan tajinya terhadap PAS, kini satu lagi media pro UMNO, Berita Harian cuba mengikut jejak yang sama untuk menghodohkan konsep yang diketengahkan PAS. Ini menampakkan kebimbangan yang amat ketara, lebih-lebih lagi apabila beberapa pimpinan UMNO termasuk Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Puad Zakarshi meminta PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan. Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr. Mohamad Fadzli Hassan berkata, pimpinan UMNO jelas naif dalam politik dan pentadbiran Islam kerana masih lagi bersaluit fikiran Sekular. "Ini jelas dapat dilihat apabila aa pimpina UMNO mahu PAS menggugurkan perkataan Islam semata mata memperkenalkan Konsep Negara Berkebajikan. "Nampak sangatlah mereka tidak tahu bahawa, islam adalah untuk kebajikan semua orang" katanya. Dr Fadzli yang juga merupakan exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, negara yang diperintah Islam adalah negara yang menjaga kebajikan rakyat mengikut lunas-lunas islam. "Itulah yang PAS akan lakukan dengan kata lain itulah Negara ISLAM, itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan khalifah Islam. Benda asas begitu pun, pemimpin UMNO tak faham macamana nak bela ISLAM.. ujarnya.
Sabtu, 12 Mac 2011
| PAS tunjukkan Kesederhanaan Islam - Chua Jui Meng |
| Muhayat Jasmin |
KEPALA BATAS, 8 Mac: Umno menggambarkan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai ekstrim dan menakutkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng. Menurut Chua, pengalamannya sebelum ini bersama Umno, beliau tidak pernah diberi kefahaman yang mudah mengenai Islam malah melalui Umno masyarakat bukan Islam hanya memahami Islam itu dengan potong tangan dan bersunat. "Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya ketika menyampaikan pidato di Dewan Millenium, Kepala Batas semalam. Bagaimanapiun kata Chua, setelah bergaul dengan PAS beliau mendapati Islam itu merupakan agama yang sederhana melalui pendekatan yang dibawa oleh PAS. "Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim yang menakutkan kami. PAS yang saya didampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami. "Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya. Kata Chua, Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama yang ekstrim seperti digambarkan selama ini sebaliknya satu agama yang turut mengutamakan kebajikan kepada orang-orang bukan Islam. Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin Islam yang sederhana. Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat bukan supaya tidak terperangkap dengan dakyah sempit yang mendakwa PAS itu pelampau dan mengamalkan politik sempit. Lajnah Penerangan & Dakwah DMPKS 2010/11 |
TAWAN HATI DENGAN AKHLAK TERPUJI RASULULLAH S.A.W
Isnin, 31 Januari 2011
Ahad, 30 Januari 2011
10 JANJI PAKATAN RAKYAT DALAM TEMPOH 100 HARI JIKA DIBERIKAN KUASA MEMERINTAH
- MANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA).
- MENGARAHKAN KHAZANAH BERHAD KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN LAIN-LAIN BADAN MILIK KERAJAAN YANG MEMILIKI KONSESI LEBUHRAYA UNTUK MENYEMPURNAKAN AMBIL ALIH ASET LEBUHRAYA OLEH KERAJAAN DGN TUJUAN MENGHAPUSKAN TOL.
- MEROMBAK STRUKTUR SUBSIDI NEGARA BAGI MENGURANGKAN SUBSIDI KEPADA PIHAK SWASTA (SEPERTI SUBSIDI GAS SEBANYAK RM19 BILION KEPADA PENJANA BEBAS) DENGAN MEMINDAHKANNYA BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN SUBSIDI RAKYAT.
- MENGHARGAI PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK BANGSA DENGAN MENAIKKAN , MEMPERKENALKAN IMBUHAN PERGURUAN SEBANYAK RM500 SEBULAN SETIAP ORANG.
- MENJADIKAN AIR SEBAGAI HAK RAKYAT DENGAN MENGEMBALIKAN SEMUA KONSESI PENGURUSAN AIR YANG DI URUSKAN SWASTA KEPADA KERAJAAN.
- MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INTERNET WIFI PERCUMA KEPADA SEMUA RAKYAT DI KAWASAN BANDAR DAN SEPARA BANDAR.
- MEMBATALKAN FELDA PLANTATION BAGI TUJUAN MEMBUKA LADANG2 YANG KINI DI URUSAKANNYA KEPADA GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA.
- MENAIKKAN ROYALTI MINYAK KEPADA SABAH DAN SARAWAK KEPADA 20%.
- MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MEMULIHKAN SISTEM KEHAKIMAN.
- MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT PENDATANG TANPA IZIN DAN KERAKYATAN DI NEGERI SABAH.
D DMPKSIsnin, 18 Oktober 2010
MARILAH BERSAMA KITA MEMBERI SOKONGAN PADU...
Assalamu'alaikum dan salam hormat,
Seluruh rakyat Sandakan yang cintakan kebenaran, kebaikan dan keadilan dijemput agar bersama-sama memberi sokongan padu terhadap HEMPAS yang akan berlangsung di daerah Sandakan.
Marilah beramai-ramai kita menghadirkan diri ke Dewan Persatuan HAKKA, Sandakan pada 24 Oktober ini bagi membuka mata dan hati kita terhadap kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa...
Pihak DMPKS mencabar seluruh rakyat Sandakan yang teraniaya di bumi sendiri agar bersama-sama menuntut pembelaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi berselindung di sebalik kuasa yang sedia ada.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR..
Bantulah kami ya ALLAH dalam menunaikan amanah sebagai rakyat yang cintakan negara. Jangan kerana kelemahan sebahagian daripada kami, selamanya kaum yang zalim dan tidak amanah menjadi pihak yang berkuasa ke atas kami.
Jumaat, 23 Julai 2010
Santapan Rohani
Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Kahfi, ayat 28 bermaksud :- "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran".. Muslimat yang dikasihi ALLAH..tidak kira orang PAS atau UMNO atau PKR. Selagi kita merasakan diri kita seorang wanita Islam, walau dimana atau kumpulan mana pun kita berada sama-samalah kita renungkan kalam ALLAH yang tercatat di atas...Moga-moga ALLAH membuka pintu hati kita untuk mudah menerima kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis.. Sedih rasanya bila melihat segolongan umat Islam suda mula hilang rasa malu daripada menabur fitnah dan tohmahan terhadap golongan yang berusaha menegakkan syariat ALLAH di bumi Malaysia yang dikasihi ini.. Bertambah sedih bila pemimpin yang diberi amanah mentadbir negara menggunakan alasan dirinya sebagai seorang Islam untuk ditaati oleh rakyat secara mutlak..Sedangkan ketaatan kepada ALLAH dan Rasul sahaja yang mutlak kerana disandarkan kepada dalil al-Quran dan Hadis. Manakala ketaatan kepada pemimpin hanyalah selagimana pemimpin itu berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Apabila pemimpin itu hanyalah beragama Islam tetapi cara hidup tidak mengikut tuntutan syariat Islam bahkan mengagungkan idealogi2 ciptaan manusia yang ada kalanya bertentangan dengan aqidah, ibadah dan akhlak Islam, maka bagaimanakah kita hendak terus mentaati pemimpin sebegini... Sebelum ALLAH menghukum kita kerana memilih pemimpin yang ingkar terhadap ALLAH, marilah kita bersama berusaha membuat perubahan kepimpinan dengan merujuk kepada kriteria pemimpin yang ditetapkan oleh Islam. Buka mata dan pasang telinga untuk mencari kebenaran, kemudian renungkanlah dengan mata hati yang berpandukan iman bukannya hawa nafsu, PASti kita akan melihat siapakah pemimpin yang sebenarnya menyayangi agama dan siapakah pula pemimpin yang menuruti hawa nafsunya. Jangan korbankan kehidupan kita di akhirat yang kekal hanya kerana digula-gulakan dengan kesenangan dan keseronokan sementara di dunia ini... Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita dan sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhaiNYA. Amin Ya Rabbal 'Alamin.. Siapalah diri kita ini tanpa mengikuti panduan ALLAH dan RasulNYA...
Read more...Rabu, 14 Julai 2010
USUL DMPP Muktamar 2010.. PENDIDIKAN ISLAM WAJIB LULUS!!!!
Masalah Sosial bukan lagi perkara baru yang berlaku di kalangan masyarakat kini. Pada hari ini, kita dapat
mendengar, melihat pelbagai permasalahan sosial seperti pembuangan bayi, pembunuhan, penderaan dsb. Dimana sudah kasih sayang manusia??? ADa yang berkata; dalam kelompok binatang tiada manusia, tapi dalam kelompok manusia ada binatang?? Malah yang menyedihkan kita, permasalahan ini tidak pernah berkurang malah makin meningkat....... KENAPA ya????? APA KATA ANDA???
Jumaat, 5 Mac 2010
PROGRAM EKSPEDISI AMAL, DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH PERINGKAT KAWASAN SANDAKAN
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah akan mengadakan PROGRAM EKSPEDISI AMAL peringkat seluruh negeri Sabah pada 13 - 18 Mac 2010. Program jelajah ini akan bermula di Daerah Tawau dan akan berakhir di Daerah Pitas. Sehubungan itu juga, satu program penyampaian bantuan untuk rakyat miskin peringkat Daerah Sandakan akan turut diadakan pada 14 Mac 2010. Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan amat berbesar hati sekiranya dapat menerima sumbangan ikhlas daripada warga Sandakan yang amat prihatin terhadap kemiskinan yang melata di daerah Sandakan ini. Segala sumbangan yang berbentuk barang-barang keperluan harian ataupun wang boleh disalurkan melalui PASTI-PASTI di daerah Sandakan, PAS Kawasan Sandakan(YDP - 0198001793) ataupun melalui Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan(Ketua Muslimat - 0138921970) selewat-lewatnya pada 12 Mac 2010 (Jumaat). Segala sumbangan yang diberikan amat dihargai dan semoga ALLAH memberikan balasan yang sebaik-baiknya terhadap para penyumbang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbandingan orang-orang Mukmin dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu.
Ahad, 15 November 2009
Ingatan Rasulullah S.A.W yang perlu diberi perhatian...
Jika Godaan Dunia Menguasai Kita ... Salah satu hal yang mesti diperhatikan oleh kaum muslim adalah godaan dunia. Rasulullah SAW sudah memperingatkan hal ini dalam haditsnya, “Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umat terdahulu yaitu penyakit sombong, kufur nikmat dan lupa daratan dalam memperoleh kenikmatan. Mereka berlumba mengumpulkan harta dan bermegah-megahan dengan harta. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan dan saling iri, dengki, dan dendam sehingga mereka melakukan kezaliman (melampaui batas).”(HR. Al Hakim) Dalam hadits lain, beliau menyatakan,“Demi Allah, bukanlah kemelaratan yang aku takuti bila menimpa kalian, tetapi yang kutakuti adalah bila dilapangkannya dunia bagimu sebagaimana pernah dilapangkan (dimudahkan) bagi orang-orang yang sebelum kalian, lalu kalian saling berlumba sebagaimana mereka berlumba, lalu kalian dibinasakan olehnya sebagaimana mereka dibinasakan.” (HR. Ahmad) Beberapa hadits lain yang berkaitan dengan godaan dunia adalah :“Aku dan dunia ibarat orang dalam perjalanan menunggang kenderaan, lalu berteduh di bawah pohon untuk beristirehat dan setelah itu meninggalkannya.” (HR. Ibnu Majah) “Dunia ini cantik dan hijau. Sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah dan Allah mengamati apa yang kamu lakukan, kerana itu jauhilah godaan wanita dan dunia.. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israil adalah godaan kaum wanita.” (HR. Ahmad) *Wahai wanita, peliharalah dirimu sebaiknya mengikut syariat Islam, agar tidak termasuk golongan tersebut di atas. Pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: “Kamu kini jelas atas petunjuk dari Robbmu, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar dan berjihad di jalan Allah. Kemudian muncul di kalangan kamu dua hal yang memabukkan, yaitu kemewahan hidup (lupa diri) dan kebodohan. Kamu beralih ke situ dan berjangkit di kalangan kamu cinta kepada dunia. Kalau terjadi yang demikian kamu tidak akan lagi beramar ma’ruf, nahi mungkar dan berjihad di jalan Allah. Di kala itu yang menegakkan Al Qur’an dan sunnah, baik dengan sembunyi maupun terang-terangan tergolong orang-orang terdahulu dan yang pertama-tama masuk Islam. (HR. Al Hakim dan Tirmidzi) Lebih kurang 14 abad yang lalu, Rasulullah SAW sudah memperingatkan kita akan bahayanya dunia. Namun berapa ramaikah umat Islam yang mengambil ‘manfaat’ dari peringatan Baginda tersebut. Lebih menyedihkan lagi bilamana umat Islam terlalu sibuk berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran dan kenikmatan dunia sehingga syariat Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit bahkan dianggap ketinggalan zaman ataupun penghalang kemajuan dan perpaduan. Lalu bagaimanakah hendak mengatasi godaan dunia seperti itu? Marilah kita sama-sama berusaha untuk lebih dekat dengan ALLAH SWT. Mintalah pertolongan dan perlindungan kepada-Nya, kerana ALLAH SWT sahajalah yang boleh menolong kita semua dari hal-hal yang ‘menyulitkan’ tersebut. Namun janganlah kita tersalah, kerana semakin kita berusaha untuk dekat dengan ALLAH SWT, maka syaitan tentu saja akan kian berusaha menggoda kita. Rasa malas, godaan untuk menunda-nunda ibadah, rasa gembira bila keinginan nafsu dipenuhi merupakan salah satu cara syaitan untuk menggoda kita daripada menjadi lebih dekat dengan ALLAH SWT. Jika sudah seperti itu yang terjadi, TANAMKAN NIAT YANG KUAT, CARI TEMAN/RAKAN YANG MEMAHAMI ATAU MENDUKUNG NIAT ANDA! Insya ALLAH kita akan dimudahkan untuk mendekat pada-Nya. Jika kita sudah dekat kepada ALLAH, insya ALLAH godaan dunia semenarik apapun tidak akan menggoyahkan prinsip yang telah kita tanamkan dalam jiwa kita. *artikel ini terutamanya ditujukan kepada diriku, semoga aku lebih kuat menahan godaan dunia…*
Read more...Khamis, 15 Oktober 2009
Kiamat Itu Hampir...Apa yang akan kita bawa sebagai bekalan?
Assalamu'alaikum... Salam mahabbah. Kita semua perlu istiqomah & konsisten dalam hidup beribadah. Mehnah itu semua adalah 'buah-buah manis' sepanjang hidup berdakwah. Mata kasar manusia hanya suka mengkritik, namun 'mata hati' itulah yang akan tetap dapat melihat kebenaran kalau ia menginginkan kebenaran. Mari teruskan perjuangan demi agama. Bergeraklah dengan langkah & jiwa yang besar untuk matlamat agama ALLAH yang besar ini....
Jumaat, 21 Ogos 2009
Assalamu'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh...
Bulan Ramadhan datang lagi, bulan keampunan dan bulan ibadah. Hati orang-orang mukmin sangat gembira dengan kehadiran bulan ini. Oleh itu ya ALlah! " Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban serta panjangkanlah umur kami sehingga bulan Ramadhan".
Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :يا يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.
( Surah al Baqarah : Ayat 183 )
Ayat di atas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang difadhukan ini ialah Taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah swt.
Maksud yang seerti dengannya ialah puasa kita gagal apabila kita gagal mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini . Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja atau urusan ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaannya sejauh mana ia dicapai . Inilah yang biasa disebut sebagai management by objective .
Prof. Doktor Wahbah az Zuhaili . ( di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua /muka surat 130 . Cetakan Darul Fikri Damsyik ) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt melalui beberapa faktor :
1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah swt. dalam keadaan sembunyi atau terbuka . Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah swt. ( Seseorang boleh makan lalu berpura – pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah swt. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui .)
2. Mengekang keterlanjuran syahwat dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. ( lantaran puasa melemahkan gelora nafsu .)
3. Mencetus naluri yang peka ( sensitive ) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain . ( Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik )
4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang – orang kaya dan miskin .( di sisi Allah swt.)
5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas system ( yang benar dan menepati fitrah ) dan mendisiplinkannya.
6. Memulihkan struktur dalaman tubuh , menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad .
Definisi Taqwa :Kalimah ‘Taqwa’ asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.Menurut Syara’, ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.[1]
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :أَنْ يُطَاَع فَلا يُعْصَى وَ أَنْ يُذْكَرَ فَلا يُنْسَى وَ أَنْ يُشْكَرَ فَلا يُكْفَرَ“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )[2]
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”.Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”.[3]
Menurut Ibnu Abbas r.a. : “Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta’atiNya”.
[4]
Menurut Hasan al-Basri : “Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka”.[5]
Berkata Abu Yazid al-Bustami : “Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah”.[6]
- bersambung
Selasa, 7 Julai 2009
ADAB MENJAGA KEUTUHAN JAMAAH & UKHUWWAH ISLAM.....
Assalamu'alaikum buat saudara-saudara seagamaku.... Semoga Allah menyatukan hati-hati kita atas dasar kepentingan agama dan memeliharanya sehingga kita dapat dipertemukan semula di alam akhirat sebagai golongan umat Nabi Muhammad s.a.w yang selamat... Amiin...amiin...amiin ya Robbal 'Alamiin Alhamdulillah...dgn izin Allah hati merasa terpanggil utk membaca bahan usrah muslimin sandakan bertarikh 17 April 2009 yg disimpan oleh suami. Besarnya hikmah jika mencari pasangan yg turut berada dlm harakah Islam wahai muslimat semua. Dan juga, moga Allah memberkati insan yg menyediakan bahan usrah tersebut. Saya ingin menyeru diri sendiri dan saudara-saudara seagamaku terutamanya AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan agar berusaha untuk turut mengamalkan sifat-sifat sptmana yg dinyatakan dlm teks usrah tersebut.
Ahad, 5 Julai 2009
Renungan Bersama : Mampukah Malaysia mengambil iktibar???
Assalamu'alaikum w.t.w....
Isnin, 25 Mei 2009
PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM SANDAKAN : Pilih Yang Halal Jauhi Yang Haram @ Syubhah
Selasa, 5 Mei 2009
Memahami Perjuangan Islam...
Rabu, 22 April 2009
Al-Fatihah...
Bila manusia mula lupa tujuan kejadiannya di bumi ALLAH ini, pastilah dia mula dikuasai oleh hawa nafsu dan syaitan. Peristiwa menyayat hati yang berlaku ini menuntut kita untuk bersama-sama berdoa kepada ALLAH agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan kesabaran dalam melaluinya. Moga keadilan ALLAH dapat menenangkan hati keluarga tersebut akhirnya.
***************************************************************
Friday, April 17, 2009
Salam Takziah Buat Cikgu Siti Nurul Rahmah Atas Pemergian 2 org Adik Tercinta.
Salam Perjuangan.
Kita mulakan artikel kali ini dengan membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada 2 orang Allahyarham tersebut.
Al-Fatihah.....
Amin....moga kedua-dua Allahyarham dalam redha Allah.
Norafidah,17 dan Noradibah, 6 telah kembali ke rahmatullah pada 15 April 2009. Pemergian mereka bukan satu yang dijangkakan. Memanglah, ajal itu tidak mengenal tempat, usia, masa dan lain-lain. Malaikat maut akan menjalankan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan daripada Rabbul Izzati.
Namun, pemergian dua beradik ini sebenarnya merupakan satu tragedi ngeri yang menyayat hati.
16 April 2009 yang lalu, kami rombongan PASTI Sandakan menziarahi Rahmah dan keluarganya. Di situ kami mendengar cerita yang lebih jelas daripada beliau.
Perjalanan ke rumah Rahmah
...jalan kaki ke rumah Rahmah
Ini dia rumah sahabat kita
(di rumah inilah kejadian berlaku)
Menurut Rahmah, mereka berdua dibunuh, ditikam sehingga menemui ajal. Diceritakan lagi, sewaktu kejadian sekitar 2 petang mereka hanya berdua yang berada di rumah. Ahli keluarga yang lain keluar rumah menjalankan tugas masing-masing. Norafidah,17 telah ditikam sebanyak 9 kali. Sementara Noradibah, 6 pula menerima tikaman sebanyak 13 kali.
Pak cik ini sedang berkongsi kesedihan dengan kami
Kakak mana yang tidak sedih menghadapi berita ini. Sambil teresak-esak, Rahmah menceritakan lagi bahawa perut adiknya, Noradibah terkeluar akibat tikaman tersebut.
Na'uzubillah.....Masya'Allah....Tak sanggup mendengarnya....
Sungguh kejam manusia...!!!
Sedih mendengar ceritanya.
Rahmah (tudung putih, baju hitam) sedang bercerita.
Ada kekuatan di wajah guru PASTI ini...bersabarlah.
Begitulah manusia, jika betul perhitungannya..maka menjadi mulialah dia mengalahkan Malaikat. Tetapi, jika silap anutannya..maka menjadi hinalah dia mengalahkan syaitan dan sekutunya.
Kes ini sedang dalam siasatan polis. Mudah-mudahan ada iktibarnya buat kita semua. Sementara, pada malamnya kami penyokong dan pendokong PAS mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk dihadiahkan kepada kedua-dua Allahyarham.
Takziah buat Rahmah dan keluarga.
Sebagai penutupnya, marilah sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Norafidah,17 dan Noradibah, 6.
Sekian.
Posted by Mujahid Islam 0 comments
**********************************************
Sumber : Blog PASTI Kawasan Sandakan



